Showing posts with label Pantang berdiet dgn Alpha Lipid SDII. Show all posts
Showing posts with label Pantang berdiet dgn Alpha Lipid SDII. Show all posts

Tuesday, 28 August 2012

Makan Sumber Protein Ketika Berdiet

Semasa berdiet dengan SDII pengambilan Karbohidrat tidak digalakan , kalau macam di malaysia makanan ruji adalah nasi yg merupakan sumber karbohidrat. Kenapa perlu elakkan karbohidrat ?????, Ini kerana jika kurang ambik karbohidrat lemak yang tersimpan didalam badan akan terbakar untuk memberi badan anda keperluan tenaga dan anda akan kehilangan berat badan secara semula jadi.Anda  digalakan untuk mengambil sumber protein seperti :

  • Ayam 
  • Ikan - 
  • Daging Merah 
  • Kekacang 
  • Keju
  • Susu Dll
Sumber protein diatas seperti ayam , ikan & daging boleh dimasak dengan apa cara sekali pun , samada bakar, panggang, sup, goreng dan macam2 lagi. Yang penting jgn makan bersama nasi sebab elak karbohidrat Kunci kepada Program SDII. Cepat lancarkan MISI JOM KURUS untuk kembai ramping & bergaya seperti dulu.







Thursday, 26 July 2012

Elak Makan Oat Ketika beridet Dengan SDII




Oat (Avena sativa) merupakan sejenis spesies bijiran, dan biji benih tumbuhan ini. Ia digunakan bagi makanan manusia, dan juga sebagai makanan bagi haiwan, terutamanya ternakan ayam dan kuda.
Pengambilannya dipercayai mengurangkan LDL kolesterol (“buruk”), dan berkemungkinan mengurangkan risiko penyakit jantung. Oat juga merupakan bijiran selamat bagi pengidap penyakit celiac (alahan gluten).
Selepas laporan mengenai bahawa oat mampu membantu mengurangkan kolesterol keluar, “kegilaan bijirin oat” melanda U.S. pada akhir 1980-an dan memuncak pada 1989.Popular oatmeal dan keluaran oat lain sekali lagi meningkat selepas keputusan Food and Drug Administration pada Januari 1997 bahawa kebanyakan (oat bran) atau (rolled oats) boleh meletakkan label yang mendakwa bahawa ia mungkin mengurangkan risiko penyakit jantung, apbila digabung dengan diet kurang lemak.
Walaupun menurut laporan mengatakan oat adalah satu makanan yang baik, mari kita lihat kandungan nutrisi pemakanan oat:


Oat Nutritional value per 100g (3.5oz)

Energy 1,628kJ (389kcal)

Carbohydrates 66 g

Dietary fiber 11 g
Fat 7 g
Protein 17 g
Pantothenic acid(B5) 1.3 mg (26%)
Folate(Vit. B9) 56 μg (14%)
Iron 5 mg (40%)
Magnesium 177 mg (48%)
β-glucan (soluble fiber) 4 g
Percentages are relative to USrecommendationsfor adults.
Source:USDA Nutrient database



Kandungan karbohidrat didalam setiap hidangan 100 g Oat adalah 66g. Ini adalah terlalu tinggi dan melebihi had 35g karbohidrat sehari untuk pengamal diet SD2. Cukup dengan memakan 50g Oat sahaja akan menyebabkan badan kita tidak lagi membakar lemak tersimpan dan mengambil tenaga & gula dari oat yang kita makan tadi.
Berhenti lah makan oat sementara diet SD2 sekiranya anda ingin cepat menurunkan berat badan.



Wednesday, 25 July 2012

Elak Makan Buah- Buahan Ketika Berdiet dgn SDII


Terdapat beberapa pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan konsep memakan buah-buahan semasa melakukan diet SD2. Masih ada yang mengatakan boleh memakan buah-buahan tertentu dan tidak boleh memakan buah-buahan yang lain. Oleh yang demikian pengamal SD2 sendiri mesti faham kenapa sebenarnya kita tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan tersebut. Walaupun kebanyakan buah-buahan adalah didalam kategori karbohidrat yang baik, namun begitu buah-buahan adalah makanan yang mengandungi kandungan gula terbanyak dibandingkan dengan semua jenis makanan yang lain dan ini akan menghalang penurunan berat badan dan pembakaran lemak.

Didalam fasa penurunan berat badan, kabohidrat yang boleh diambil hanyalah diantara 20 – 35 gram sehari untuk badan kita supaya masih boleh membakar lemak dibadan. Karbohidrat didalam buah-buahan adalah terlalu tinggi untuk tahap yang dibenarkan ini.Mari kita lihat secara secara terperinci kandungan karbohidrat didalam beberapa jenis buah-buahan sebagai contoh:

Jenis Buah Hidangan Kandungan Karbohidrat (gram)
Apple Hijau 1 (sederhana) 9.1 g
Apple Merah 1 (kecil) 13.1 g
Pisang 1 (keci) 22.9 g
Jambu (Guava) 1 (kecil) 20 g
Oren 1 (kecil) 10.4 g
Belimbing 1 (kecil) 10 g
Durian 1 (ulas) 27.9 g
Rambutan 4 – 5 (biji) 13.9 g
Anggur 8 (biji) 16.3 g
Betik 1 potong (kecil) 7.1 g
Tembikai 1 potong (kecil) 6 g
Avocado 1 (sederhana) 0.5 g

Pantang Ketika Berdiet Dengan ALpha Lipid SDII

SUDAH BERSEDIA DENGAN PROGRAM LENGKAP PENGURUSAN BERAT BADAN ALPHA LIPID SD 2.

  • JANGAN TIDAK MAKAN MELEBIHI 6 JAM PADA WAKTU KITA JAGA  makan untuk setiap or kurang dari 6 jam untuk mengelakkan lapar.           
  • JANGAN TINGGALKAN WAKTU MAKAN.-  Makan 3 kali sehari dgn saiz sederhana.                                                                             
  • MAKAN PROTEIN YANG CUKUP -  lauk- lauk seperti ikan, daging, ayam, itik dan seumpamanya.
  • JANGAN MAKAN MELEBIHI 35 GRAMS KARBOHIDRAT SETIAP HARI Setengahnya berpendapat mengatakan tidak boleh melebihi 20 gram karbohidrat setiap hari. Sebenarnya 35 grams karbohidrat    tu datang dari kabohidrat yang ada didalam sayuran hijau yang kita makan. Kita juga mungkin boleh makan produk yang rendah kuantiti karbohidrat atau karbohidrat tersembunyi asalkan tidak melebihi had 35 gram karbohidrat setiap hari.
  • JANGAN MAKAN  MAKANANYANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET -  Jenis buah - buahan, roti, pasta, bijirin, sayur2 berkanji, & kekacang.
  • MINUM SEKURANG-KURANGYA 2LITER AIR KOSONG SETIAP HARI
  • HINDARI MINUMAN BERKAFEIN & MINUMAN RINGAN .- Meminum kafein akan menyebabkan kandungan gula didalam darah yang tidak stabil dan akan membuat anda ketagih gula.
  • APABILA MAKAN DILUAR BERHATI - HATI DENGAN KARBOHIDRAT YG TERSEMBUNYI - Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.